kiamat dah dekat dah!
Jika hendak hidup beriman,
Serta mulia di sisi Tuhan,
Marilah kita hendak ingatkan,
Wasiat Nabi di akhir zaman.
Wajiblah kita menjaga diri,
Cabaran hidup banyak sekali,
Janganlah kita lupakan diri,
Hidup ini menuju mati.
Bila melihat mungkar yang nyata,
Maka janganlah hanya mengata,
Tapi bangkitlah menabur jasa,
Membimbing umat jadi pelita.
Umat perlu di dakwah,
Nasihat baik serta berhikmah,
Dengan semangat serta ukhwah,
Hubungan kita tambah meriah.
Jadikanlah takwa sebagai jalan,
Di dalam hidup sepanjang zaman,
Taat dan patuh pada pemimpin,
Selama Al-quran menjadi pegangan.
Sunnah Nabi dipegang teguh,
Sunnah khulafa diikut penuh,
Mesti waspada ajaran musuh,
Bid’ah dholalah wajib dijauh.
Jangan biarkan umat binasa,
Mungkar maksiat merajalela,
Kita semua nanti merasa,
Akibat buruk datang menimpa.
Dinding Ya’juj mula terbuka,
Tanda dunia akan binasa,
Walaupun ada insane bertaqwa,
Bila mungkar sudah merata.
Dunia luar datang mengepung,
Dunia islam sudah terkurung,
Ibarat buih hanyut terapung,
Dipukul ombak besar menggulung.
Ilmu agama beransur hilang,
Para ulama kian berkurang,
Ilmu dunia makin cemerlang,
Jadi tumpuan semua orang.
Bekalkan diri ilmu akhirat,
Untuk laksana amal ibadat,
Tuntutlah ilmu sebelum diangkat,
Negeri akhirat dapat selamat.
Langkah yahudi jangan diturut,
Jalan nasrani jangan diikut,
Kenapa kita mesti melutut,
Kepada bangsa bersifat thagut.
Umat yahudi dimurka tuhan,
Ilmu dituntut amal tinggalkan,
Umat Nasrani sesat di jalan,
Amal dibuat tanpa pedoman.
Al-Quran itu kalam Ilahi,
Pedoman hidup kekal abadi,
Hadis junjungan jangan dinafi,
Tempat kedua pedoman suci.
Ulama salaf jadi ikutan,
Banyak mengarang berbagai Sunan,
Jadikan ia sebagai pegangan,
Janganlah ia kita abaikan.
Setiap zaman dan juga tempat,
Mestilah wujud pembela umat,
Walau berbagai rintang menghambat
Tetap berjaya tidak tersekat.
Kepada Allah syukur dipanjat,
Memilih kita sebaik umat,
Penyebar ilmu, pembawa rahmat,
Hidup kita membawa berkat.
Umat dahulu banyak penyakit,
Kerana mewah banyak berduit,
Harta dihimpun berderet-deret,
Akhirnya hidup himpit-menghimpit.
Usah ikuti jalan mereka,
Jikalau kita mahu bahagia,
Biarlah hidup berpada-pada,
Dunia ini menuju fana.
Nasib agama di akhir zaman,
Kembali asing dari pandangan,
Ramailah orang sudah lupakan
Rukun Islam dan rukun Iman.
Wahai ke mana arah tujuan,
Bila agama sudah lupakan,
Marilah kita cuba hidupkan,
Sunnah junjungan syariat tuhan.
Cubalah lihat para sahabat,
Banyak bersabar, rajin beribadat,
Walaupun hidup susah melarat,
Di sisi tuhan selalu taat.
Cubalah lihat pada dirimu,
Semua cukup makan di jamu,
Ibadat kurang, suka mengadu,
Bekal akhirat kurang ditumpu.
Bila harta jadi tumpuan,
Wang dianggap sebagai tuhan,
Hilanglah malu dan rasa segan,
Meminta rasuah jadi amalan.
Ketika itu runtuhlah akhlak,
Usah tanyakan rakus dan tamak,
Cantas-mencantas, salak menyalak,
Bagaikan ianjing di dalam semak.
Sifat amanah nanti akan hilang,
Dari kalangan orang terbilang,
Tipu menipu tiada sumbang,
Nasib dunia bertambah malang.
Wahai elaknya bila dilihat,
Zahirnya cantik berkilat-kilat,
Hatinya curang, lidah berlipat,
Sifat amanah telah diangkat.
Anak derhaka menjadi-jadi,
Didikan islam tidak diberi,
Anak tiada mengenang budi,
Ibu bapa dibuat abdi.
Hujan berkurang, cuaca panas,
Makin bertambah pelaku ganas,
Budaya lepak, segan dan malas,
Dadah dihisap, arak segelas.
Alim ulama tidak dihormat,
Ta’zim dan taat tidak diminat,
Banyak sekali tempat maksiat,
Siang dan malam meruntuh umat.
Hendaklah kita berhati-hati,
Dalam mencari nafkah dan rezeki,
Jangan ikutkan kehendak isteri,
Nanti membawa binasa diri.
Anak dididik, akhlaq di beri,
Dengan tarbiyah nafkah dan rezeki,
Dari buaian sampai ke mati,
Terus menerus tidak berhenti.
Jangan abaikan nasihat ini,
Nanti kau sesalkan kemudian hari,
Betapa banyak azab diberi,
Kerana turutkan kehendak isteri.
Dua golongan pasti diseksa,
Jadi golongan api neraka,
Golongan zalim penganiaya,
Tidak kasihkan rakyat jelata.
Kaum wanita aurat dibuka,
Berlengang lenggok di jalan raya,
Sanggul dililit bagai mahkota,
Tak akan mencium semerbak syurga.
Ramai orang tidak mengira,
Dari mana beroleh harta,
Halal dan haram tidak dibeza,
Asalkan cepat menjadi kaya.
Memang nafsu sudah diatur,
Cinta dunia susah dilebur,
Jangan biarkan hati mu kotor,
Nanti diseksa di alam kubur.
Ramailah orang berluba-lumba,
Untuk mendapat faedah riba,
Saham dilabur dimana bursa,
Tiada takut akan disiksa.
Bukanlah sudah diberi tahu,
Mereka kan menjadi seteru,
Kapada Allah Tuhan yang satu,
Siapa sanggup akan membantu.
Khamar diminum di banyak kedai,
Jadi biasa bersama handai,
Banyak terlibat si cerdik pandai
Iman di dada akan tergadai.
Alunan musik ikut sertakan,
Bidunita turut nyanyikan,
Menari – nari lupa daratan,
Bagaikan kera di dalam hutan.
Sedikit ilmu banyak yang jahil,
Akibat zina banyak yang hamil,
Banyak terjadi perkara ganjil,
Disana sini besar dan kecil.
Jumlah lelaki kian sedikit,
Wanita ramai, berhimpit – himpit,
Wanita kerja mencari duit,
Peluang lelaki menjadi sempit.
Hamba berlagak sebagai tuan,
Disana sini naik bangunan,
Sungguh tingginya mencakar langit,
Seolah mencabar kuasa Tuhan.
Badwi yang miskin kaya terkejut,
Baru kelmarin tidak berkasut,
Harta dipegang tiada luput,
Walaupun kaya tetap kedekut.
Orang yang jahil rajin ibadat,
Tiada ilmu, taat dibuat,
Rasa kasihan kita melihat,
Mereka hanya beroleh penat.
Ada yang alim lupa daratan,
Amal ibadat malas lakukan,
Ilmu di dada bagai lautan,
Menjadi hujah di depan Tuhan.
Ujian berat kita rasakan,
Datang menimpa menjadi beban,
Alangkah hebat godaan syaitan,
Untuk meruntuh istana iman.
Bersungguh kita menjaga iman,
Banyak cabaran di akhir zaman,
Iman ibarat (seakan) api di tangan,
Setiap masa mahu lepaskan.
Orang khianat disanjung – sanjung,
Orang amanah tidak di dukung,
Pemimpin zalim bunga dikalung,
Mujahid Islam di tali gunung.
Bangkitlah wahai Pewaris Nabi,
Jangan biarkan umat diuji,
Teruskan jihad ke jalan suci,
Sebar luaskan rahmat ilahi.
Dari Timur sampai ke Barat,
Perang terjadi, semakain hebat,
Tiada kasihan, mata malihat,
Bargelempangan menjadi mayat.
Harta dunia jadi rebutan,
Darah ditumpah sebagai tebusan,
Tidak peduli kawan dan lawan,
Asalkan dapat harta rampasan.
Waktu yang panjang terasa singkat,
Amal ibadah belum di buat,
Bulan berlalu hari dan saat,
Tanda dunia hampir qiamat.
Kenapa kita selalu lalai,
Waktu dibuang tidak terpakai,
Masalah umat berbagai – bagai,
Tanggungan kita belum selesai.
Galian bumi muncul tercurah,
Kurnia Tuhan Yang Maha Murah,
Hendaklah syukur, moga di tambah,
Janganlah kufur, nanti di tegah.
Dunia Islam tambah melimpah,
Galian emas, petrol dan timah,
Namun mengapa harta di serah,
Kepada kafir pemusnah ummah.
Tanah yang tandus menjadi subur,
Kurnia Tuhan Malikul Ghafur,
Air dipancut, taman di atur,
Sehingga lupa bekalan kubur.
to be continued!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home